Thursday, September 16, 2010

Perjanjian 20 Perkara Sabah

Perjanjian 20
Perkara
Sejarah merupakan antara
ilmu yang mempunyai harga
yg tinggi. Pengetahuan
tentang imu sejarah
mengajar manusia menjadi
lebih realistik dan berjaga-
jaga di masa hadapan. Di sini,
saya 'post' kan tentang satu
lagi imu sejarah yg pasti
dapat meningatkan kita
semua bagaimana gagasan
negara Malaysia dibentuk
bersama-sama Sabah,
Sarawak dan Singapura pada
16 September 1963. Antara
syarat-syarat yang
dikenakan oleh Sabah
kepada Tunku And Rahman
sebelum bersetuju bersama
Malaysia adalah berkaitan
'Tuntutan 20 Perkara'. Bagi
perkongsian tersebut, saya
memetik Tuntutan 20
Perkara yg dijadikan syarat
itu. Selamat membaca!
‘Perjanjian 20 Perkara’
syarat pembentukan
Malaysia di perenggan akhir
sebagai
berikut :
* “Peruntukan di dalam
Perlembagaan Persekutuan
berkaitan dengan kuasa
Majlis Tanah Negara tidak
seharusnya tertakluk kepada
Borneo Utara (Sabah). Begitu
juga Majlis Negara bagi
Kerajaan Tempatan tidak
berkuatkuasa di Borneo
Utara (Sabah) ”.
"Point 20: Land, Forests,
Local Government, etc.
* The provisions in the
Constitution of the
Federation in respect of the
powers of the National Land
Council should not apply in
North Borneo. Likewise, the
National Council for Local
Government should not apply
in North Borneo."... See More
Oleh kerana ramai yang tidak
mengetahui kandungan 20
perkara syarat kemasukan
sabah ini, saya senaraikan
kandungan 20 perkara
tersebut untuk tatapan
sahabat2 :
1. AGAMA : Walaupun tiada
bantahan terhadap agama
Islam sebagai agama
kebangsaan Malaysia akan
tetapi agama rasmi
sepatutnya tidak diadakan di
Borneo Utara, dan segala
perundangan mengenai
agama Islam yang
terkandung di dalam
Perlembagaan Malaya tidak
harus digunakan di Borneo
Utara.
2. BAHASA :
1. Bahasa Melayu harus
dijadikan Bahasa
Kebangsaan Persekutuan.
2. Penggunaan Bahasa
Inggeris harus diteruskan
untuk tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Malaysia.
3. Bahasa Inggeris harus
digunakan sebagai bahasa
rasmi Borneo Utara untuk
semua tujuan berkaitan
dengan negeri dan
persekutuan, tanpa had
masa.
3. PERLEMBAGAAN : Walaupun
Perlembagaan Persekutuan
Malaya diterima sebagai
asas untuk membentuk
Perlembagaan Malaysia,
akan tetapi Perlembagan
Malaysia seharusnya
dipersetujui oleh
pergabungan negeri-negeri
bebas dan sepatutnya bukan
sesuatu susunan pindaan
kepada sebuah
perlembagaan yang telah
digubal dan dipersetujui oleh
negeri-negeri yang
berasingan di dalam keadaan
yang berlainan sekali. Satu
perlembagan baru untuk
Borneo Utara sewajarnya
amat diperlukan.
4. KETUA PERSEKUTUAN :
Ketua (Yang Di Pertua Negeri)
Borneo Utara tidak layak
untuk dipilih sebagai Ketua
Persekutuan.
5. NAMA PERSEKUTUAN :
“ Malaysia” bukan
“Melayu Raya”.
6. IMIGRASI : Kawalan keatas
penghijrahan dari luar ke
mana-mana tempat di
Malaysia seharusnya
terletak dibawah kuasa
kerajaan pusat tetapi
kemasukan ke Borneo Utara
sepatutnya juga
memerlukan persetujuan
Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak
seharusnya berkuasa
membatalkan kemasukkan
sesiapapun ke dalam Borneo
Utara kalau ia berkaitan
dengan urusan kerajaan
negeri kecuali atas sebab-
sebab keselamatan sahaja.
Borneo Utara seharusnya
mempunyai kuasa yang tidak
terhad ke atas pergerakkan
seseorang, kecuali mereka
yang bertugas di bawah
kerajaan persekutuan
daripada tempat-tempat lain
Malaysia di Borneo Utara.
7. HAK MENARIK DIRI : Hak
untuk memisah atau menarik
diri dari Persekutuan
seharusnya tidak wujud.
8. Proses untuk melantik
orang-orang tempatan ke
dalam perkhidmatan awam
negeri Borneo Utara
seharusnya diujudkan
secepat mungkin.
9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH :
Segala usaha harus dibuat
untuk menggalakkan
pegawai-pegawai Birtish
untuk meneruskan
perkhidmatan mereka dalam
perkhidmatan awam
sehingga tempat mereka
boleh diganti oleh orang-
orang tempatan yang
berkelayakan.
10. KEWARGANEGARAAN :
Tertakluk kepada pindaan
berikut, cadangan dalam
Laporan Cobbold seharusnya
menentukan hak
kewarganegaraan penduduk
Borneo Utara di dalam
Persekutuan :
1. Perenggan kecil (I)
seharusnya tidak
mengandungi syarat
mengenai penetapan selama
5 tahun.
2. Untuk penyelarasan
dengan undang-undang kita,
perenggan kecil (II) (a)
sepatutnya menyatakan
“ tujuh daripada sepuluh
tahun” dan bukan “lapan
daripada dua belas tahun”.
3. Perenggan kecil (II) tidak
sepatutnya mengandungi
sekatan berkenaan dengan
kewarganegaraan ibubapa
seseorang yang dilahirkan di
Borneo Utara selepas Hari
Malaysia semestinya
menjadi warganegara
persekutuan.
11. CUKAI DAN KEWANGAN :
Borneo Utara seharusnya
mempunyai kuasa ke atas
kewangan, tabung
pembangunan dan cukai
sendiri.
12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA
ASLI : Pada prinsipnya bangsa
asli Borneo Utara sehrusnya
menikmati hak
keistimewaan seperti yang
diberikan kepada bangsa
melayu di Malaya, tetapi
formula yang dipraktikkan di
Malaya masa kini tidak
semestinya dapat digunakan
di Borneo Utara.
13. KERAJAAN NEGERI :
1. Ketua Menteri harus dipilih
oleh ahli-ahli tidak rasmi
Majlis Perundangan.
2. Borneo Utara seharusnya
mempunyai sisitem menteri
yang lengkap.
14. JANGKAMASA PERALIHAN :
Sepatutnya tujuh tahun dan
dalam masa ini kuasa
perundangan mesti dibiarkan
kepada Kerajaan Negeri
mengikut perlembagaan dan
bukan diamanahkan kepada
kerajaan negeri oleh
kerajaan persekutuan.
15. PELAJARAN : Sistem
pelajaran yang wujud
sekarang harus diteruskan
dengan itu ia harus
diletakkan di bawah kawalan
kerajaan negeri.
16. PERLINDUNGAN KEPADA
PERLEMBAGAAN : Tidak ada
sebarang pindaan,
perubahan atau pembatalan
dapat dilakukan oleh
Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan
yang diberikan khas kepada
Borneo Utara tanpa
persetujuan kerajaan Borneo
Utara. Kuasa ini adalah hak
mutlak penduduk negeri ini.
17. PERWAKILAN DALAM
PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini
sepatutnya bukan sahaja
bergantung kepada jumlah
penduduk Borneo Utara
tetapi juga kepada keluasan
dan keupayaannya, dan
dalam mana-mana perkara
ia sepatutnya tidak kurang
dari jumlah perwakilan dari
Singapura.
18. NAMA KETUA NEGERI :
Yang Di Pertua Negara.
19. NAMA NEGERI : Sabah.
20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN
TEMPATAN DAN LAIN-LAIN :
Bekalan dalam
Perlembagaan Persekutuan
mengenai Kuasa Majlis Tanah
Persekutuan tidak
seharusnya melibatkan
Borneo Utara. Seperti itu
juga, Majlis Kebangsaan
Kerajaan Tempatan tidak
melibatkan Borneo Utara.
Dengan kata lain, tanah dan
hutan Sabah adalah hak
mutlak peribumi Sabah.
Justeru, mengapa taukey-
taukey yang berselindung
disebalik pelbagai nama
seperti FELCRA, MESEJ,
SDTME, BSSB dan sebagainya
dengan begitu mudah
merompak dan merampas
Tanah Adat milik puluhan ribu
Pribumi yang telah
menerokanya sejak nenek
moyang mereka lagi atau
sejak ratusan tahun yang
lalu? Jawapannya adalah,
siapa yang menduduki
takhta Jabatan Tanah
Sabah?

No comments:

Post a Comment